fbpx

Gerakan intai satu kerusi Parlimen, 7 DUN di N. Sembilan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DOMINIC Lau (dua dari kanan) menyerahkan sijil Gerakan Young Scholar Award (GYSA) kepada pelajar cemerlang di Majlis Persidangan Perwakilan negeri ke-47 Wanita dan Pemuda ke-35 Gerakan Negeri Sembilan di Seremban hari ini.

SEREMBAN – Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) mahu mencuba nasib untuk bertanding di satu kerusi Parlimen dan tujuh kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri ini pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) nanti.

Presiden Gerakan, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai berkata, sebuah kerusi Parlimen iaitu Rasah hasil formula agihan bersama parti gabungan Perikatan Nasional (PN) yang lain iaitu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Pas.

Menurut beliau, menerusi formula itu, Bersatu akan bertanding di empat lagi kerusi Parlimen di Negeri Sembilan dan tiga lagi yang ditandingi oleh Pas.

“Ya, kami berhasrat untuk bertanding Parlimen Rasah dan DUN Temiang, Bahau, Bukit Kepayang, Rahang, Seremban Jaya, Lukut serta Repah.

“Kami akan fokus kepada kualiti kerusi dan bukannya kuantiti. Kami tahu ada banyak lagi kerusi yang kami boleh bertanding terutamanya di kawasan masyarakat Cina tetapi kami hanya fokus kawasan yang boleh menang,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Negeri Ke-47 Wanita dan Pemuda Ke-35 Gerakan Negeri Sembilan di sini hari ini.

Dominic dalam pada itu menjelaskan, soal siapakah calon Gerakan yang akan diketengahkan di Negeri Sembilan masih belum diputuskan dan akan ditentukan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi PN di peringkat Pusat.

Sementara itu, Pengerusi Perhubungan Negeri Gerakan, Datuk Chong Vee Hing berkata, walaupun sudah ada formula agihan kerusi Parlimen di Negeri Sembilan dalam kalangan parti gabungan PN namun keputusan tersebut masih belum dimuktamadkan. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI