fbpx

Beza ilmu Google dengan berguru

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BIMBINGAN mentor ibarat menyediakan jalan pintas ke arah kejayaan bagi bangsa usahawan.

SAYA mulakan topik minggu ini dengan kenyataan di atas, bahawa ilmu Google atau melalui pembacaan buku dan sebagainya tidak membuatkan ramai usahawan berjaya.

Namun pembacaan daripada dua sumber itu tidak dinafikan dapat membantu usahawan, bergantung kepada tahap kefahaman mereka.

Kebelakangan ini, saya perasaan terdapat segelintir yang mula menyebarkan ‘dakyah’ bahawa untuk berjaya dalam bisnes tak perlu pun belajar dan dapatkan bimbingan guru, cikgu, coach atau mentor.

Saya nak jawab dengan soalan ini, jika ilmu di Google sudah bagus, pasti banyak bangsa usahawan berjaya dan capai jualan jutaan ringgit setahun.

Namun adakah ianya berlaku ketika ini? Adakah ramai usahawan di luar sana yang capai jualan jutaan ringgit tanpa bimbingan seseorang???

Realitinya tidak… Memang betul ada saja orang yang berjaya atas usaha mereka sendirian namun ia akan mengambil masa yang lebih panjang, memakan tenaga untuk try and error.

Berlainan dengan usahawan yang mendapatkan ilmu dan bimbingan mentor. Mereka boleh dikatakan mendapat jalan pintas untuk capai sasaran.

Saya selalu beri contoh aplikasi Waze, yang mana kita meletakkan destinasi untuk dituju sebelum ia menunjukkan mana jalan lebih dekat dan ambil masa lebih pantas.

Begitulah juga seorang mentor, berdasarkan ilmu dan pengalaman yang diperolehi dalam perniagaan iaitu syarikat pemasaran saya pada 2001 dan membimbing usahawan dari pelbagai industri sejak 2008 lagi.

Alhamdulillah, saya dapat kenal dan tahu bagaimana sesebuah bisnes atau usahawan itu mampu berjaya, malah memiliki formula dan strategi yang proven success.

Ia terbukti sudah melahirkan ramai usahawan jutawan dan mentransformasi bukan saja bisnes, malah kehidupan mereka dan pasukan. Pastinya untuk pergi belajar, anda mahu mentor yang ada bukti dan hasilnya.

Apa-apa pun, semuanya bergantung kepada pilihan masing-masing.

Bagi RichWorks, kami tak menjamin seseorang usahawan itu boleh 100 peratus capai kejayaan kecuali dia sendiri turut komited dalam merealisasikannya. Ikuti latihan dan bimbingan kami dengan komitmen tinggi.

Itulah antara kunci yang saya lihat sepanjang membimbing usahawan. Kebanyakan mereka trust the process, ikuti panduan dan nasihat diberikan.

Sebenarnya pembelajaran ini umpama seperti anda di universiti atau sekolah, ada orang yang mendapat tempat pertama dan mesti ada orang di tempat terakhir.

Kefahaman setiap orang berbeza, ada cepat tangkap ada yang tidak. Di RichWorks, kami jamin anda akan mendapat ilmu yang proven success bila ia terbukti dilakukan oleh saya, RichWorks dan anak didik kami.

Kami bagi strategi, informasi terkini dan semasa yang memberikan seseorang itu competative edge. Sebab itu saya sentiasa pergi belajar dan upgrade diri untuk tahu apa yang berhasil atau tak berhasil.

Maka ia takkan membuang masa anda, sebagai usahawan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI