fbpx

Anak dara Que Haidar macam Miss Universe!

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEMUNCULAN Que Haidar bersama dua anak perempuannya dalam program MeleTOP baru-baru menuai perhatian peminat yang memuji kecantikan anak daranya.

CANTIKNYA wajah anak kepada pelakon Que Haidar iaitu Ratu dan Cleopatra. Macam Miss Universe!

Semakin membesar, semakin terserlah kejelitaan wajah kedua-dua anak dara pelakon itu. Sudahlah cantik, bersopan santun dan pemalu orangnya.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik Que dalam Instagram miliknya baru-baru ini, rata-rata netizen memuji pembawakan diri dan sikap Ratu serta adiknya, Cleo kerana kelihatan sangat anggun dan berkelas tinggi.

Que dan juga isteri iaitu jurulatih tarian, Linda turut dipuji kerana pandai mendidik anak. Apa yang menariknya, kedua-dua remaja itu difahamkan langsung tidak memiliki media sosial kerana merasakan tiada keperluan untuk memilikinya.

“Makin cantik lah dua-dua anak dara ini,” puji seorang netizen.

“Bagus anak-anak Que berpakaian sopan,” kata seorang lagi netizen.

Wah! Jarang-jarang Diva dengar remaja seusia mereka tidak memiliki Instagram ataupun TikTok. Bagus betul cara didikan Que dan juga Linda.

Disebabkan itu, Que dipuji sebagai seorang bapa yang pandai mendidik anak-anak dan tidak membiarkan mereka hanyut dalam dunia maya atau terkinja-kinja mencari perhatian.

DIVA: Memang berdebar tengok filem Air Force The Movie: Selagi Bernyawa.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI