fbpx

Agong berkenan sampaikan Anugerah Kepemimpinan dan Keusahawan Hokkien Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Al-Sultan Abdullah (tengah) bergambar bersama barisan tertinggi Persekutuan Persatuan-persatuan Hokkien Malaysia sempena Majlis Makan Malam Anugerah Kepimpinan dan Keusahawanan Hokkien Malaysia Peringkat Kebangsaan, malam tadi.

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menyampaikan Anugerah Kepimpinan dan Keusahawanan Hokkien Malaysia Peringkat Kebangsaan kepada 10 penerima di sini malam tadi.

Perkara itu dimaklumkan menerusi kenyataan di laman Facebook Istana Negara hari ini.

“Al-Sultan Abdullah yang tiba kira-kira pukul 8.30 malam meluangkan masa hampir dua jam di majlis makan malam yang turut dianjurkan itu sempena ulang tahun ke-65 Persekutuan Persatuan-persatuan Hokkien Malaysia.

“Keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda disambut Menteri Pengangkutan, Datuk Sri Dr. Wee Ka Siong dan Presiden Persekutuan Persatuan-persatuan Hokkien Malaysia, Tan Sri Lim Hock San,” katanya.

Tambah kenyatan itu, antara penerima anugerah ialah Duta Khas Perdana Menteri ke China, Datuk Seri Tiong King Sing yang ketokohannya diiktiraf bagi kategori perkhidmatan cemerlang nasional.

“Seorang lagi penerima ialah Pengerusi Eksekutif Top Glove Corporations Bhd, Tan Sri Dr. Lim Wee Chai bagi kategori keunggulan korporat,” jelasnya.

Menurut Istana Negara, objektif Persekutuan Persatuan-persatuan Hokkien Malaysia adalah untuk menyatukan kaum Hokkien, di samping meningkatkan pembangunan pendidikan dan kebudayaan, semasa menjalankan kerja-kerja amal bagi manfaat masyarakat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI