fbpx

Protes konsert artis antarabangsa? Tidak matang – Nabila Huda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NABILA HUDA

Protes konsert artis antarabangsa tidak matang – Nabila Huda

PETALING JAYA – Selebriti versatil Nabila Huda menyifatkan gesaan pembatalan penganjuran konsert penyanyi antarabangsa atas dakwaan membawa budaya hedoisme oleh segelintir individu di negara ini sebagai tindakan tidak matang.

Menurut Nabila atau nama sebenarnya Nur Nabila Huda Suhaimi, 37, isu penganjuran konsert bukan satu hal yang terlalu perlu diberi perhatian berbanding banyak perkara berlaku dalam negara.

“Perlu batalkan konsert penyanyi antarabangsa kalau tidak, mahu protes?

“Banyak benda lain yang perlu diberi perhatian untuk negara kita tetapi ini pula yang menjadi kebimbangan. Tidak matangnya,” ciapnya dalam Twitter semalam.

Malah, pelakon filem Munafik itu juga turut mempertikaikan pandangan beberapa individu kerana menganggap konsert antarabangsa penyebab kepada tercetusnya pemikiran hedonisme iaitu pegangan atau pandangan yang mementingkan keseronokan atau kesenangan hidup.

“Konsert antarabangsa boleh menyebabkan budaya hedonisme? Tolonglah,” katanya lagi.

Terdahulu, tular kenyataan wakil daripada sebuah parti politik menggesa kerajaan membatalkan konsert artis antarabangsa di Malaysia yang didakwa menggalakkan penularan budaya hedonisme dalam kalangan masyarakat.

Acara hiburan sebegitu juga dikatakan tidak bersesuaian dan bertentangan dengan Islam sebagai agama persekutuan.

Sebelum ini, penganjuran konsert penyanyi Billie Eilish turut mencetuskan rasa kurang senang dalam kalangan pendakwah negara ini.

Pada 22 Oktober depan, seorang lagi penyanyi popular antarabangsa, Justin Bieber dijadualkan mengadakan konsert di Stadium Nasional Bukit Jalil. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI