fbpx

Lobi pangsapuri terbakar disyaki angkara khianat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan lobi pangsapuri yang terbakar di Teratak Muhibbah semalam.

KUALA LUMPUR – Perbuatan khianat dipercayai menjadi punca kebakaran di lobi pangsapuri Teratak Muhibbah, Taman Danau Desa di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu daripada seorang lelaki pada pukul 10.31 pagi semalam.

“Menurut pengadu, ketika berada di rumahnya, dia dimaklumkan mengenai kebakaran itu yang berlaku berhampiran peti surat di blok terbabit. Pengadu kemudian menghubungi bomba.

“Hasil siasatan dan pemeriksaan di lokasi kejadian mendapati ada kesan kebakaran pada dinding di atas peti surat terbabit. Terdapat beberapa helai surat dan topi keledar lama di atas peti surat itu yang terbakar,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Semakan turut mendapati tiada televisyen litar tertutup (CCTV) di lokasi tersebut dan siasatan awal pasukan forensik bomba menunjukkan kebakaran berlaku akibat perbuatan yang disengajakan,” ujarnya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan.

Orang awam diminta menyalurkan maklumat berkaitan dengan menghubungi MERS 999, Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields di talian 03-22792222 atau mana-mana balai polis berhampiran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI