fbpx

Bersediakah Bukit Jalil tampung lautan manusia pada Piala FA?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
STADIUM Nasional Bukit Jalil akan menjadi venue perlawanan akhir Piala FA antara JDT dan TFC pada 10 September depan.

ASPEK kualiti padang Stadium Nasional Bukit Jalil pada aksi final Piala FA, 10 September ini tidak lagi menjadi kebimbangan utama buat peminat bola sepak tempatan, sebaliknya persediaan lebih rapi harus bermula daripada sekarang.

Kerisauan peminat pastinya menjurus kepada aspek ke­selamatan, kemudahan asas, perkhidmatan awam, kawalan lalu lintas dan keselesaan penyokong apatah lagi hari perlawanan juga bertembung dengan konsert Dewa 19 di venue berse­belahan, Axiata Arena.

Jika mengambil kira sambutan yang diterima terhadap kedua-dua acara ini, perkarangan Bukit Jalil dijangka dipenuhi pengunjung, sama ada penyokong bola sepak mahu pun peminat Dewa.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Stadium Malaysia (PSM), Faidz Sanusi berkata, pihaknya sentiasa mengalu-alukan kerjasama dengan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) untuk memastikan perlawanan dapat dilangsungkan dengan lancar.

“Ini berita yang amat baik bukan sahaja kepada PSM selaku tuan rumah, malah buat semua penyokong JDT dan Terengganu FC yang akan hadir untuk merasai bahang final Piala FA di SNBJ.

“Dalam memastikan kelancaran penganjuran final Piala FA, sudah pasti pihak PSM akan mengambil langkah-langkah tertentu dalam memastikan fasiliti di stadium berada di tahap terbaik termasuk keadaan padang,” katanya.

Final kali ini bakal mempertemukan pendahulu Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Terengganu.

Sebelum ini, Stadium Nasional Bukit Jalil cetus kontroversi apabila petugas stadium dirakam mengeluarkan takungan air dalam padang menggunakan kadbod dan penyodok sampah, malah kualiti padang juga terus mendapat kritikan peminat.

Bagaimanapun, MFL menjelaskan, pemilihan venue berkenaan selepas melalui proses yang panjang untuk menilai kemungkinan beberapa pilihan lain untuk penganjuran Perlawanan Akhir Piala FA 2022.

“MFL juga tidak boleh berkompromi dalam aspek keselesaan dan keselamatan.

“Kita sedia maklum SNBJ memiliki fasiliti terbaik di dalam dan di luar termasuk akses ­pengangkutan awam.

“Buat masa ini, SNBJ satu-satunya stadium yang mampu memuatkan 80,000 penyokong dalam satu-satu masa dan berada dalam keadaan yang selamat untuk digunakan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI