fbpx

Syabu bernilai RM30.8 juta dirampas, 3 warga emas ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DATUK Seri Ramli Mohamed Yoosuf (dua dari kiri) menunjukkan sebahagian rampasan dadah jenis syabu seberat 841.06 kilogram .

BENTONG – Polis berjaya merampas dadah jenis syabu seberat 841.06 kilogram (kg) yang bernilai RM30.4 juta selepas melakukan serbuan di dua buah rumah di Kampung Bukit Tinggi dan Taman Anggerik di sini Sabtu lalu.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Ramli Mohamed Yuusof berkata, dalam serbuan antara pukul 9 malam hingga 11 malam itu, polis menahan tiga lelaki warga emas masing-masing berusia 60, 61 dan 63 tahun di kawasan Bukit Tinggi di sini.

“Hasil tangkapan suspek membawa kepada penemuan sebuah rumah di Taman Anggerik di Bentong yang dijadikan stor sindiket sekali gus membawa kepada rampasan sejumlah 841.06 kg syabu yang dianggarkan bernilai RM30.8 juta.

“Dalam serbuan itu juga, kita turut menemui sepucuk pistol jenis Glock di dalam kereta suspek serta satu laras senjata api tiruan bersama empat kelopak peluru, 50 butir peluru hidup, 17 butir peluru, 12 bore dan dua batang besi ‘barrel’,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Bentong, di sini hari ini.

Tambahnya, turut dirampas dalam serbuan itu ialah sebuah kereta jenis Nissan Sunny dianggarkan bernilai RM5,000, wang tunai berjumlah RM1,564 dan wang di dalam akaun bank suspek bernilai RM6,623.

Menurutnya, siasatan awal mendapati sindiket melakukan penyeludupan dan pengedaran dadah menggunakan perkhidmatan kurier ke pasaran antarabangsa disyaki ke negara serantau selain melakukan pengedaran dadah di pasaran tempatan.

“Ketiga-tiga suspek kini direman selama tujuh hari bermula 21 Ogos sehingga 27 Ogos ini di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI