fbpx

Jonathan Laidlaw fail rayuan kes SRC Najib

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jonathan Laidlaw (kiri) dan Najib.

KUALA LUMPUR – Peguam Diraja (QC) dari United Kingdom (UK) Jonathan James Laidlaw atau Jonathan Laidlaw telah memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi di sini yang menolak permohonannya untuk mewakili Datuk Seri Najib Tun Razak dalam rayuan akhir membabitkn penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn. Bhd.

Notis rayuan itu difailkan di Mahkamah Persekutuan pada 22 Ogos lalu menerusi Tetuan Shafee & Co yang mewakili peguam QC itu selaku perayu.

Berdasarkan notis itu, peguan itu merayu terhadap keseluruhan keputusan yang diputuskan oleh Hakim Datuk Ahmad Kamal Md Shahid pada 21 Julai lepas, yang mana permohonannya itu telah ditolak tanpa perintah terhadap kos.

Rayuan itu dibuat selaras dengan peruntukan di bawah Seksyen 19 Akta Profesion Undang-Undang 1976.

Sementara itu peguam Muhammad Farhan Muhammad Shafee ketika dihubungi mengesahkan perkara itu.

Pada 21 Julai lalu, Hakim Datuk Ahmad Kamal Md Shahid dalam menolak permohonan berkata peguam tersebut gagal membuktikan bahawa beliau memiliki kelayakan khas dan pengalaman untuk mengendali rayuan atau pertuduhan terhadap bekas perdana menteri itu.

Ia membabitkan Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009, Seksyen 409 Kanun Keseksaan serta Seksyen 4 Akta Pencegahan Pengubahan wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan Dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.

Sebelum ini, pada 25 Januari lalu, firma guaman Tetuan Shafee & Co. telah menyerahkan surat kepada Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat mengenai hasrat Najib melantik QC untuk membantu beliau berhubung isu kompleks dan persoalan undang-undang dalam rayuan kes SRC di Mahkamah Persekutuan.

Semalam, Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta kerana menyeleweng dana SRC International Sdn. Bhd. berjumlah RM42 juta. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI