fbpx

NASA siar imej ribut gergasi cukup besar untuk ‘menelan’ Bumi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Imej yang dirakam oleh JWST memaparkan pemandangan Planet Musytari secara lebih terperinci. – NASA

WASHINGTON – Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) merakam imej Planet Musytari yang belum pernah dilihat sebelum ini menggunakan Teleskop Angkasa James Webb (JWST), lapor akhbar The Sun semalam.

Imej yang dirakam itu memaparkan ribut besar yang berpusat di atmosfera planet tersebut.

Kamera Infra Merah Hampir (NIRCam) pada JWST mendedahkan rahsia planet terbesar itu secara terperinci dengan menggabungkan beberapa imej menjadi satu.

Pada imej tersebut, orang ramai boleh melihat aurora memanjang ke altitud tinggi di atas kutub utara dan selatan.

Turut kelihatan adalah jerebu yang berpusar di sekeliling kutub-kutub tersebut.

“Sejujurnya kami tidak menyangka imej yang dirakam akan menjadi sehebat itu.

“Ia adalah sesuatu yang luar biasa kerana kita dapat melihat Planet Musytari secara terperinci yang lengkap dengan cincin, satelit  kecil dan galaksi dalam satu imej,” kata ahli astronomi di Universiti California, Profesor Mike de Pater.

Selain itu, imej tersebut turut memaparkan Titik Merah Besar Musytari yang ikonik, ribut besar yang boleh dilihat pada bahagian bawah kiri.

“Ia kelihatan putih dalam imej ini kerana memantulkan cahaya Matahari. Kecerahan di sini menunjukkan altitud yang tinggi,” jelas saintis Webb, Heidi Hammell.

Titik Merah Besar Musytari merupakan ribut terbesar dalam Sistem Solar, berukuran lebar sekitar 16,350 kilometer.

Ia adalah 1.3 kali ganda lebih besar daripada diameter Bumi.

Angin ketika kemuncak taufan itu boleh mencecah sehingga 431 kilometer sejam, lebih laju berbanding kelajuan angin terkuat Bumi iaitu 407 kilometer sejam. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI