fbpx

10 penuntut kolej vokasional ditahan disyaki pukul pelajar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Seramai 10 pelajar sebuah kolej vokasional ditahan kerana disyaki memukul seorang pelajar lelaki sehingga mengalami kecederaan dalam kejadian di surau asrama kolej berkenaan, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, ibu mangsa mendakwa anaknya mengadu tidak sihat sebelum dibawa ke Hospital Kuala Lumpur bagi mendapatkan rawatan.

“Mangsa mendakwa beberapa senior di kolej berkenaan telah memukul mangsa semasa berada di surau asrama sehingga pelajar lelaki itu mengalami kecederaan dibahagian tulang rusuk, pinggang serta sakit diseluruh badan.

“Susulan itu, polis hari ini telah menahan 10 pelajar kolej vokasional yang merupakan lelaki berusia lingkungan 16 hingga 20 tahun disyaki terlibat untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Menurut Ashari, kes kini disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan merusuh. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI