fbpx

Skim SRI, Geran Bon diperluas untuk mudahcara menjana sukuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Skim Sukuk Pelaburan Mampan dan Bertanggungjawab (SRI) dan Geran Bon (Geran) telah diperluaskan bagi memudahcarakan syarikat menjana sukuk dalam memenuhi keperluan kewangan
mampan mereka.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Suruhanjaya Sekuriti (SC),  Geran tersebut kini diperluaskan kepada sukuk berkaitan SRI yang diterbitkan di bawah Rangka Kerja Sukuk berkaitan SRI (Rangka Kerja) yang diperkenalkan pada Jun 2022.

Peluasan Geran itu juga akan membolehkan penerbit sukuk berkaitan SRI yang layak untuk mengofset sehingga 90 peratus daripada kos semakan luaran yang ditanggung, tertakluk kepada jumlah maksimum RM300,000 bagi setiap terbitan.

“Peluasan itu adalah sebahagian daripada keutamaan Pelan Induk Pasaran 3 untuk memudahcarakan peralihan kewangan yang menyokong komitmen dan aspirasi negara untuk beralih kepada ekonomi rendah karbon dan berdaya tahan iklim.

“Ia bermatlamat menggalakkan penerbitan sukuk berkaitan SRI oleh syarikat korporat dalam industri intensif karbon ketika mereka beralih ke arah amalan kemampanan yang lebih baik dan aktiviti rendah karbon,” katanya.

Ditubuhkan pada 2018, Geran tersebut yang dahulunya dikenali sebagai Skim Geran Sukuk SRI Hijau, juga terpakai untuk sukuk yang diterbitkan di bawah Rangka Kerja Sukuk SRI SC dan bon yang diterbitkan di bawah Piawaian Bon Hijau, Sosial dan Kemampanan ASEAN. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI