fbpx

Mahkamah: Najib bimbang suami pengaruhi pemikiran Tengku Maimun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Najib

PUTRAJAYA – Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mendakwa terdapat satu hantaran dalam laman sosial daripada seorang individu dikenali sebagai Zamani Ibrahim yang mengaitkan dirinya.

Berdasarkan afidavit sokongan yang difailkan semalam, Najib menyatakan individu tersebut merupakan suami kepada Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat yang merupakan pengerusi panel hakim yang mendengar rayuan akhirnya di Mahkamah Persekutuan sekarang.

“Saya sesungguhnya percaya bahawa individu Zamani Ibrahim yang dinamakan adalah suami kepada Yang Amat Arif Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat yang merupakan pengerusi panel hakim yang kini sedang mendengar rayuan akhir saya dalam kes SRC di Mahkamah Persekutuan.

“Saya sesungguhnya percaya bahawa perkembangan-perkembangan baharu ini sungguh membimbangkan dalam mengambil kira fakta bahawa Zamani Ibrahim jelas mempunyai pandangan yang negatif terhadap kepimpinan saya terhadap negara ini sebagai seorang perdana menteri.

“Selain itu, telah menyimpulkan bahawa saya telah menyalur keluar dana-dana harta negara ke dalam akaun-akaun peribadi saya,” kata Najib dalam notis usul tu.

Menurut Najib lagi, oleh kerana Zamani merupakan suami kepada pengerusi panel hakim yang mendengar rayuanya, adalah berkemungkinan beliau akan mempengaruhi pemikiran pengerusi terhadap tuduhan ke atas kesalahannya.

Mengulas lanjut, Najib turut menyatakan bahawa  kerana sifat hubungan suami isteri mereka, adalah berkemungkinan bahawa pemikiran pengerusi yang bijaksana mungkin telah terkesan tanpa disedari melalui sentimen suaminya.

Terdahulu, pada prosiding pagi tadi, Najib mengemukakan notis usul untuk memohon supaya Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat untuk menarik diri daripada mendengar rayuan akhirnya di Mahkamah Persekutuan.

Permohonan itu dikemukakan oleh Peguam Hisyam Teh Poh Teik yang mewakili Najib.

Prosiding ditangguhkan semetara menunggu keputusan.

Pada waktu kini, Mahkamah Persekutuan sedang mendengar rayuan akhir Ahli Parlimen Pekan itu
untuk mengetepikan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta dalam kes penyelewengan dana RM42 juta milik syarikat SRC International Sdn Bhd akan didengar Mahkamah Persekutuan di sini selama 10 hari bermula 15 hingga 26 Ogos ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI