fbpx

Mahu jadi Mahsuri, Syamsul tunaikan impian Maya Karin?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AKTRES Maya Karin meluahkan hasrat untuk memerankan watak legenda Pulau Langkawi, Mahsuri.

BEBERAPA hari lalu, nama Maya Karin menjadi sebutan ramai dalam media sosial selepas menyuarakan hasrat untuk melakonkan watak legenda Mahsuri bawah arahan Syamsul Yusof.

Memang tinggi impian tersebut tetapi yang membuatkan ramai teruja apabila Syamsul memberi bayangan seperti ingin menjadikannya realiti.

“Idea yang bagus, mari lakukannya Maya,” kata Syamsul yang memuat naik tangkap layar laporan berita Kosmo! baru-baru ini.

Teruja dengan balasan daripada suami Puteri Sarah itu, Maya yang popular menerusi filem Pontianak Harum Sundal Malam berkata, impiannya seperti hampir terlaksana.

“Ini mungkin mimpi akan jadi kenyataan. Apa pendapat anda semua?” balasnya.

Rata-rata netizen teruja dengan perkara tersebut, namun ada juga segelintir yang merasakan Syamsul tidak sesuai untuk mengarahkan filem Mahsuri.

Pandangan setiap individu berbeza, manalah tahu Syamsul berjaya lari daripada kebiasaan dan mampu memberi sesuatu yang hebat untuk Mahsuri.

DIVA: Malaysia perlu hasilkan sebuah filem seperti Emergency Declaration. Hebat!

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI