fbpx

Jabatan Kesihatan Negeri Johor rancang buka hub kesihatan setiap daerah.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tian Soon (dua dari kanan) melihat pameran yang disediakan dalam Karnival Sihat Sempena Jelajah Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) Peringkat Daerah Batu Pahat dan Perasmian Hub Kesihatan Batu Pahat, Johor hari ini.

BATU PAHAT – Setiap daerah di dalam negeri Johor dirancang mempunyai hub kesihatan bagi memudahkan orang ramai mendapatkan info dan maklumat berkaitan dengan amalan gaya hidup yang sihat.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan Johor, Ling Tian Soon berkata, projek perintis hub kesihatan di Batu Pahat yang sudah beroperasi bermula 21 Januari 2021 lalu akan menjadi tanda aras kejayaan kemudahan ini sebelum diperluaskan rancangan penubuhannya ke daerah lain.

Katanya, bagaimana pun untuk pembinaan hub di daerah-daerah dalam negeri ini pihaknya masih menunggu peruntukkan daripada Kementerian Kesihatan (KKM).

“Hub ini berperanan sebagai penyedia perkhidmatan promosi kesihatan kepada komuniti bagi menggalakkan cara hidup yang sihat bagi mencapai kesejahteraan dalam kesihatan.

“Ia juga berperanan untuk memperkukuhkan aspek kemahiran dan perubahan tingkah laku berkaitan kesihatan kepada lebih baik di kalangan komuniti serta memperkasakan penglibatan sukarelawan komuniti,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar semasa Karnival Sihat Sempena Jelajah Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) Peringkat Daerah Batu Pahat dan Perasmian Hub Kesihatan Batu Pahat, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Tian Soon menasihatkan mangsa yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara dapat mengikut prosedur operasi standard (SOP) kesihatan yang ditetapkan, terutamanya berkaitan Covid-19.

“Jangan abaikan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan kerana kes-kes baharu Covid- 19 masih ada, dengan mematuhi SOP sekurang-kurangnya kita dapat mengurangkan jangkitan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI