fbpx

EPL: Manchester United sudah temui pemain yang dicari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CASEMIRO akan menjalani pemeriksaan kesihatan di Manchester sebelum melengkapkan perpindahan ke Old Trafford. – AFP

MADRID – Manchester United hampir untuk menamatkan pencarian mereka bagi mendapatkan khidmat pemain tengah bertahan selepas bintang Real Madrid, Casemiro dilapor bersetuju untuk menyertai pasukan itu.

United menawarkan yuran perpindahan bernilai £60 juta (RM320.22 juta) untuk mendapatkan khidmat pemain berusia 30 tahun berkenaan yang dijangka menjalani ujian perubatan dalam masa terdekat.

Pemain antarabangsa Brazil berkenaan dikatakan sudah mendapat lampu hijau untuk terbang ke Manchester bagi tujuan pemeriksaan kesihatan sebelum melengkapkan perpindahan tersebut.

Jika semuanya berjalan lancar, Casemiro difahamkan bakal menandatangani kontrak selama empat tahun dengan pilihan lanjutan setahun tambahan dan menerima gaji dua kali ganda berbanding di Santiago Bernabeu.

Sekiranya urusan perpindahan tersebut selesai, Casemiro akan menjadi salah seorang pemain yang menerima gaji ter­tinggi di Old Trafford apabila akan dibayar £350,000 (RM1.86 juta) menyamai pendapatan yang diterima David De Gea.

Laporan di Sepanyol menyebut bahawa Casemiro menerima tawaran daripada United adalah berdasarkan faktor kesukanan dalam usaha mencari cabaran baharu selepas dia telah memenangi segala-galanya bersama Real.

Selepas dua kekalahan yang dialami sebelum ini, United dilaporkan mahu urusan perpindahan Casemiro ini disegerakan supaya dia dapat didaftarkan untuk bersama pa­sukan itu menyertai aksi menentang Liverpool awal pagi Selasa nanti. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI