fbpx

Korban Covid-19 meningkat di Asia Tenggara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang wanita di Indonesia merakam swafoto semasa menerima suntikan vaksin Covid-19. - AFP

LONDON — Kes baharu Covid-19 dilaporkan menurun hampir satu perempat di seluruh dunia pada minggu lalu, manakala  kematian susut enam peratus tetapi masih  tinggi di beberapa kawasan di rantau Asia, menurut laporan pandemik  Pertubuhan Kesihatan Sedunia(WHO)  kelmarin.

WHO menyatakan,  terdapat 5.4 juta kes baharu COVID-19 dilaporkan minggu lalu iaitu  penurunan sebanyak 24 peratus berbanding minggu sebelumnya. Jangkitan susut di seluruh dunia termasuk hampir 40 peratus dii Afrika dan Eropah dan satu pertiga di Asia Barat.

Angka kematian Covid-19 bagaimanapun meningkat di Pasifik Barat dan Asia Tenggara dengan  masing-masing mencatat peningkatan sebanyak 31 peratus dan 12 peratus tetapi  menurun  atau kekal stabil di tempat -tempat lain.

Pada taklimat akhbar Rabu lalu, Ketua Pengarah WHO , Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata,  kematian akibat Covid-19  yang dilaporkan sepanjang bulan lalu telah melonjak sebanyak 35 peratus, manakala terdapat 15,000 kematian pada minggu lalu.

“15,000 kematian seminggu adalah angka yang  tidak boleh diterima sama sekali kerana  kita mempunyai semua alat untuk mencegah jangkitan dan menyelamatkan nyawa,” kata Tedros. 

Beliau berkata,  bilangan jujukan virus yang dikongsi setiap minggu telah merosot sehingga 90 peratus, menjadikannya amat sukar bagi saintis-saintis  untuk memantau bagaimana COVID-19 mungkin bermutasi.

“Bagaimanapun,  tiada seorang pun daripada kita yang  tidak berdaya.Sila dapatkan vaksinasi  jika anda belum mendapatkannya dan  jika anda memerlukan, dapatkan dos penggalak, dapatkan satu,” kata Tedros.

Kelmarin,  kumpulan penasihat vaksin WHO mengesyorkan buat kali pertama supaya golongan orang yang paling terdedah kepada jangkitan Covid-19 termasuk orang tua, mereka yang mempunyai masalah kesihatan dan pekerja kesihatan supaya mendapatkan suntikan penggalak kedua. Banyak agensi kesihatan dan negara lain membuat cadangan  sama beberapa bulan lalu.

Kumpulan pakar itu juga berkata, mereka telah menilai data daripada vaksin Pfizer-BioNTech dan Moderna untuk golongan muda dan berkata kanak-kanak dan remaja berada dalam kumpulan keutamaan terendah untuk vaksinasi, kerana risiko mereka mendapat jangkitan teruk adalah amat rendah.

Awal minggu ini, pihak berkuasa Britain membenarkan versi terkini vaksin Covid-19 Moderna yang menyasarkan varian Omicron  dan kerajaan Britain mengumumkan bahawa vaksin itu  akan ditawarkan kepada mereka yang berusia lebih 50 tahun mulai bulan depan. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI