fbpx

Bojan Hodak akui KL City lambat panas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JOSUE (kanan) muncul wira KL City apabila meledak gol tunggal perlawanan ketika menewaskan NSFC kelmarin.

PENGENDALI Kuala Lumpur City (KL City), Bojan Hodak mengakui pasukannya ada masalah ‘lambat panas’, tetapi masih berjaya merekodkan kemenangan 1-0 ke atas Negeri Sembilan FC (NSFC) pada aksi Liga Super di Stadium Kuala Lumpur, Cheras kelmarin.

Pada perlawanan tersebut, skuad Warga Kota yang baru pulang dari Vietnam selepas mengharungi aksi Piala AFC minggu lalu meraih tiga mata berharga hasil jaringan tunggal yang dilakukan oleh kapten, Paulo Josue.

Menurut Hodak, apa yang dipamerkan oleh pasukannya wajar dipuji terutama selepas menerima asakan daripada skuad Hobin Jang Hobin yang dilihat mendominasi perlawanan pada awal saingan.

“Ini adalah perlawanan yang sukar kerana kita tahu NSFC adalah pasukan yang mempamerkan taktikal berteraskan fizikal selain memiliki ramai pemain berkua­liti. Justeru, saya tidak terkejut apabila mereka dapat menguasai pada awal perlawanan.

“Pemain kita juga dilihat agak lambat panas pada aksi kali ini, tetapi selepas kita menjaringkan gol pada penghujung babak pertama, situasi menjadi berbeza apabila separuh masa kedua menjadi milik kami.

“Ketika itu kita telah mencipta banyak peluang untuk menambah gol khususnya daripada Romel Morales, tetapi nasib tidak menyebelahinya kali ini.

“Pasukan lawan pula dilihat tertekan dan banyak melakukan hantaran tinggi yang mudah dipatahkan oleh pertahanan kami,” kata pengendali import dari Croa­tia itu selepas tamat perlawanan semalam.

Secara keseluruhan, Hodak menganggap pasukannya layak mengutip tiga mata berharga sekali gus meraih tonik terbaik sebelum mengharungi aksi final Piala AFC zon ASEAN menentang kelab Indonesia, PSM Makassar minggu depan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI