fbpx

Mahkamah: Najib tamatkan perkhidmatan ZIST

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Najib

PUTRAJAYA – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah menamatkan perkhidmatan firma guaman, Tetuan Zaid Ibrahim Suflan TH Liew & Partners (ZIST).

Perkara tersebut dimaklumkan oleh peguam, Hisyam Teh Poh Teik ketika mahkamah mula bersidang sebentar tadi.

Pada ketika ini, hanya peguam Hisyam Teh Poh Teik dan dua peguam dipercayai daripada firmanya, Tetuan Hisyam Teh berada di dalam mahkamah.

Dua peguam daripada ZIST, Liew Teck Huat dan Rueben Mathiavaranam tidak kelihatan.

Pada 25 Julai lalu, Najib melalui sepucuk surat telah menamatkan perkhidmatan firma guaman, Tetuan Shafee & Co, peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dan seluruh pasukan pembelaannya.

Najib kemudian melantik firma guaman, Tetuan Zaid Ibrahim, Suflan TH Liew & Partners (ZIST) bagi menggantikan Tetuan Shafee & Co. manakala Hisyam dilantik bagi menggantikan peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI