fbpx

Biar PM tentukan tarikh PRU15 – Mahdzir Khalid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mahdzir

MELAKA – Penentuan tarikh sebenar Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) perlu diserahkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, tarikh-tarikh penting perjalanan PRU15 yang tular baru-baru ini adalah tidak tepat.

Jelas beliau, ini kerana soal berkaitan tarikh pilihan raya adalah prerogatif Perdana Menteri.

“Tarikh PRU15 serah pada Perdana Menteri, cuma kadang-kadang yang tular ini tidak tepat. Sebab pregoratif pada beliau.

“Sampai masa nanti Perdana Menteri akan mengadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

“Tarikh yang keluar sekarang ini sengaja ditularkan, saja hendak try (cuba),” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Jawatankuasa Pembangunan Keselamatan Kampung (JPKK) Negeri Melaka di Seri Negeri, Ayer Keroh di sini, hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI