fbpx

Warga emas sanggup berhabis RM60,000 rai Hari Kemerdekaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RAHIMAH bergambar di hadapan rumahnya di Kampung Pengkalan Batu, Melaka yang telah dihias dengan Jalur Gemilang dan pelbagai hiasan bercirikan kemerdekaan.

MELAKA – Seorang warga emas telah menggunakan wang simpanan berjumlah lebih RM60,000 semata-mata untuk menghias rumah pusakanya setiap kali negara meraikan hari kemerdekaan.

Rahimah Tompang, 68, berkata, dia mula berjinak-jinak dalam hiasan landskap itu pada 2001 dan menghabiskan kira-kira RM5,000 setiap tahun.

“Saya memang suka menghias rumah dengan Jalur Gemilang. Saya turut menggunakan tempurung kelapa, tayar kenderaan, plastik dan pelbagai lagi bara­ngan yang diambil dari keluarga.

“Saya juga membelanjakan sebanyak RM2,000 untuk mengecat rumah serta mewarnakan hiasan tersebut dengan warna Jalur Gemilang,” katanya ketika ditemui di rumah di Kampung Pengkalan Batu di sini kelmarin.

Lebih menarik lagi, Rahimah turut mempamerkan beberapa busana Melayu tradisional dan barangan lama yang mempunyai nilai seni budaya Melayu.

Cerita wanita itu, wang simpanan itu merupakan pemberian 14 anaknya pada setiap bulan untuk belanja bulanan.

“Saya bersyukur anak-anak memahami minat ini dan kadang-kala mereka juga ada bertanya sama ada wang belanja bulanan mencukupi atau tidak.

“Saya beli bara­ng hiasan dan mula menghias rumah apabila memasuki bulan Ogos,” katanya.

Ujarnya lagi, rumah pusaka berusia lebih 100 tahun itu merupakan salah sebuah kediaman di bawah kelolaan Perbadanan Muzium Melaka (Perzim) dan dijadikan lokasi pelancongan.

Rahimah pernah menerima penghargaan daripada pertubuhan kebudayaan China bagi ke­tegori Hero Melaka, Malaysia dan Pemuliharaan Budaya Me­layu selain mendapat sumbangan RM45,000.

Kediaman tersebut juga dijadikan lokasi kajian bagi penuntut universiti tempatan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI