fbpx

STPM: 18 calon di Perlis raih keputusan cemerlang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NAHARUDEEN (lima dari kiri) merakamkan gambar bersama pelajar cemerlang STPM 2021 di SMKA Kangar, hari ini.

KANGAR – Perlis terus merekodkan kecemerlangan apabila seramai 18 calon Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2021 di negeri ini mendapat keputusan terbaik dengan Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 4.00.

Pengarah Pendidikan Perlis, Naharudeen Othman berkata, pencapaian itu dilihat lebih baik berbanding keputusan STPM 2020 yang mana hanya lima calon memperolehi PNGK 4.00 ketika itu.

Beliau berkata, Perlis juga kekal mencatatkan keputusan cemerlang dalam STPM 2021 apabila Gred PNGK Negeri menunjukkan peningkatan sebanyak 0.17 iaitu daripada 2.84 ke 3.01.

“Malah, negeri ini juga masih mengatasi PNGK kebangsaan dengan merekodkan jumlah 3.01.

“Calon dari negeri ini turut mencipta sejarah kerana tiada yang gagal di semua Pusat Peperiksaan Tingkatan 6 bagi dua tahun berturut-turut, malah enam sekolah mencatat keputusan lulus penuh 100 peratus,” katanya ketika pengumuman keputusan STPM 2021 di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (Perempuan) Kangar di sini hari ini.

Dalam pada itu, Naharudeen berkata, seramai 378 calon telah hadir menduduki peperiksaan STPM 2021 dan daripada jumlah itu, 374 mencatatkan keputusan lulus penuh dengan peningkatan sebanyak 0.02 peratus. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI