fbpx

Sebutan semula kes lelaki bunuh isteri, bayi 19 September depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Peguam Munirah Najihah Shaari yang baharu dilantik pihak tertuduh, Mohamad Amir Nazri Mohd Adam, hadir pertama kali pada prosiding kes itu di Mahkamah Majistret Johor Bahru.

JOHOR BAHRU – Mahkamah Majistret di sini menetapkan tarikh 19 September depan sebagai sebutan semula kes dihadapi seorang lelaki yang didakwa membunuh isteri dan bayi lelakinya, bulan lalu.

Majistret Mohd. Zulhilmi Ibrahim menangguhkan kes itu selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Arif Marzuki yang memaklumkan memerlukan masa kira-kira sebulan lagi.

Muhammad Arif menjelaskan kepada mahkamah bahawa pihaknya perlukan sedikit masa kerana masih belum memperolehi laporan kimia, laporan bedah siasat dan laporan psikiatri tertuduh, Mohamad Amir Nazri Mohd. Adam, 24.

“Hari ini ditetapkan untuk status laporan kimia, bedah siasat dan psikiatri, namun laporan-laporan belum diperolehi. Saya mohon tarikh untuk sebutan semula dalam sebulan,” katanya.

Pada prosiding hari ini, tertuduh tidak hadir ke mahkamah, namun dia diwakili peguam Munirah Najihah Shaari yang memberitahu mahkamah bahawa beliau baharu dilantik pihak tertuduh.

Difahamkan, Mohamad Amir Nazri tidak hadir ke mahkamah pada hari ini kerana masih dirujuk di Hospital Permai, Kempas, di sini bagi rawatan psikiatri.

Turut kelihatan di luar bilik mahkamah adalah keluarga tertuduh dan mangsa.

Pada 18 Julai lalu, Mohamad Amir Nazri dituduh di Mahkamah Majistret di sini, atas dua pertuduhan membunuh isterinya, Hajar Nursyahirin Rosman, 26, dan bayi lelakinya, Hans Mohamad Thaqeef, dua bulan lapan hari.

Perbuatan yang didakwa dilakukan di rumah keluarganya dekat Jalan Dewasa, Kampung Bakar Batu di sini, pada 11.30 pagi dan 11.40 pagi, 4 Julai lalu.

Bagi perbuatan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati, jika sabit kesalahan.

Kosmo! sebelum ini melaporkan insiden yang mengejutkan itu apabila suspek bertindak mengelar leher isteri dan anak tunggalnya sebelum melarikan diri dengan menaiki motosikal dalam keadaan berbogel.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI