fbpx

Pelajar perempuan cedera ditampar, dipijak bapa kandung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

AMPANG – Hanya kerana enggan menemani ibunya ke rumah ahli keluarga lain untuk meminjam wang, seorang pelajar berusia 16 tahun cedera selepas dipijak dan ditampar bapa kandungnya sendiri.

Kejadian yang berlaku di Pangsapuri Sagaria, Taman Saga pada pukul 7.55 malam semalam itu menyebabkan mangsa dimasukkan ke Hospital Ampang untuk menerima rawatan.

Difahamkan, kejadian berpunca daripada pertengkaran antara ibu dan bapa mangsa berhubung isu duit sebelum bapa mangsa tiba-tiba memarahi serta menarik rambut ibu mangsa yang berusia 49 tahun.

Mangsa telah dipaksa untuk menemani ibunya ke rumah ahli keluarga lain untuk meminta wang namun, mangsa enggan berbuat demikian menyebabkan bapa mangsa berang dan telah menampar pada bahagian kepala serta memijak mangsa.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, bertindak atas maklumat, sepasukan polis telah menahan suspek yang berusia 50 tahun di rumah tersebut.

“Semakan mendapati, suspek mempunyai tiga rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah. Kejadian didapati berpunca daripada selisih faham berhubung isu duit serta suspek tidak berpuas hati mangsa tidak mendengar arahannya.

“Suspek telah dibawa ke Mahkamah Ampang pagi ini bagi permohonan reman dibawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah dan kes disiasat dibawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan/Seksyen 18 Akta Keganasan Rumahtangga 1994,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI