fbpx

Mayat dua kanak-kanak ditemui dalam beg bagasi yang dilelong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
POLIS New Zealand menemui dua mayat kanak-kanak dalam dua beg bagasi yang dibeli dalam satu acara lelongan. - GETTY IMAGES

WELLINGTON – Mayat dua anak kecil ditemui di dalam dua beg bagasi yang dibeli dalam satu acara lelongan di New Zealand, kata polis tempatan hari ini.

Detektif Inspektor Tofilau Faamanuia Vaaelua berkata, kedua-dua mayat itu dipercayai disimpan selama beberapa tahun dengan mangsa dikatakan berumur antara lima hingga 10 tahun apabila mereka mati.

“Mayat mereka disembunyikan di dalam dua beg bagasi bersaiz agak sama,” kata Vaaelua.

Mayat mereka  ditemui apabila sebuah keluarga membeli barangan di dalam sebuah treler yang dilelong dari sebuah tempat penyimpanan di Auckland Selatan.

“Polis mengulangi bahawa keluarga terbabit tiada kaitan dengan pembunuhan kedua-dua kanak-kanak itu tetapi mereka amat terkejut dan tertekan dengan penemuan tersebut.

“Mereka meminta supaya diberikan privasi,” tambahnya.

Polis menggunakan barangan isi rumah dan peribadi yang ditemui bersama dua beg bagasi itu dalam usaha untuk mengenal pasti identiti kedua-dua mangsa pembunuhan berkenaan.

Menurut Vaaelua, polis New Zealand juga sedang  bekerjasama dengan polis antarabangsa Interpol walaupun saudara-mara mangsa dipercayai masih berada di negara itu. – AFP 

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI