fbpx

Mahkamah: Peguam Najib tidak akan kemuka hujahan rayuan kes SRC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dari kiri, Najib dan Hisyam.

PUTRAJAYA – Peguam senior yang mewakili Datuk Seri Najib Tun Razak, Hisyam Teh Poh Teik memberitahu Mahkamah Persekutuan di sini hari ini, beliau tidak akan mengemukakan hujahan dalam rayuan akhir kes penyelewengan dana SRC International Sdn. Bhd. membabitkan Datuk Seri Najib Razak.

Sebaliknya, Hisyam memilih untuk mengguna pakai hujahan yang dikemukakan peguam terdahulu Najib, ketika di Mahkamah Rayuan, tahun lalu.

Dalam prosiding di hadapan lima panel hakim yang diketuai Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat, Hisyam sepatutnya membuat hujahan terlebih dahulu sebelum dibalas oleh pasukan pendakwaan selaku responden.

Hakim Tun Tengku Maimun: Jadi adakah kamu bergantung kepada hujahan di Mahkamah Rayuan mengenai penemuan yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi?

Peguam Hisyam: Hujahan daripada yang terdahulu, ya.

Mahkamah kemudian mengarahkan prosiding rayuan akhir itu bermula dengan pasukan responden yang diketuai Timbalan Pendakwa Raya Kanan Datuk V. Sithambaram memulakan hujahannya.

Terdahulu pada prosiding pagi tadi, Hisyam memohon kepada mahkamah untuk menarik diri daripada mewakili Najib prosiding rayuan itu.

Bagaimanapun, mahkamah menolak permohonan itu dengan berpandangan bahawa, peguam  gagal memberikan alasan yang mencukupi untuk menarik diri. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI