fbpx

Keliling kampung naik EX5 jual ikan, sayur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Che MAD melayan pelanggannya membeli barang basah di sekitar Kampung Bertam Ulu, Melaka semalam.

MELAKA – Seorang peniaga dari Kampung Bertam Ulu di sini, masih mengekalkan kaedah nolstagia era 90-an iaitu menjual ikan, sayur dan pelbagai bekalan keperluan lain menggunakan motosikal jenis Honda EX5.

Ahmad Diah Mahat, 48, atau lebih mesra dengan sapaan ‘Cik Mad’ berkata, dia telah menggunakan cara itu sejak 20 tahun lalu dan mengelilingi lebih 10 buah kampung dari kediamannya di Kampung Bertam Ulu sehingga ke Telok Mas.

Ujarnya, dia mula menjaja seawal pukul 9 pagi sehingga 6 petang dengan menawarkan lebih 40 jenis barangan basah dan kering termasuk ikan, udang, sotong, ayam serta pelbagai jenis sayur-sayuran dan bahan kering masakan.

“Saya dah berniaga guna motosikal lebih 20 tahun. Motosikal EX5 ini juga telah berusia 18 tahun dan masih mampu membawa semua barang berniaga seberat kira-kira 130 kilogram.

“Saya ada bawa sotong, udang, ayam dan beberapa jenis ikan seperti siakap, sekot (gerut-gerut), gelama, kembung, tenggiri dan parang, selain tu sayur seperti bayam, kangkung, bendi, kobis, sawi serta taugeh,” katanya ketika ditemui di Kampung Pengkalan Batu di sini.

Che Mad keliling kampung menunggang EX5.

Tambahnya, setiap hari dia akan mengeluarkan modal kira-kira RM1,200 untuk membeli barangan jualan di pasar besar.

Mengulas lanjut, bapa empat kepada anak itu memberitahu, jualan menggunakan motosikal itu juga dapat memudahkan penduduk kampung untuk mendapatkan barang keperluan tanpa perlu berjalan jauh.

“Senang naik motosikal dapat terus berhenti depan rumah, jadi tidak perlulah pelanggan berjalan jauh, kalau guna lori kena berhenti di jalan besar.

“Saya dengan penduduk kampung ada tolak ansur, boleh bayar hutang masuk buku,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI