fbpx
Azarol Faizi (empat dari kiri) dan Lim (lima dari kanan) bergambar selepas Majlis Menandatangani Perjanjian Kerjasama di Shah Alam.

Bateriku.com pasarkan produk Brembo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM – Syarikat pembekal bateri, Bateriku (M) Sdn. Bhd. (Bateriku.com) menjalin kerjasama bersama Emerald Auto Sdn. Bhd. (Emerald-Brembo) bagi menawarkan produk alas brek Brembo asli di outlet Bateriku.com terpilih.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Bateriku.com, Azarol Faizi, sebagai pembekal khidmat ‘Connected Roadside Assistance Provider’ (CRAS) pilihan nombor satu negara, pihaknya kini turut menawarkan produk alas brek terkemuka dunia itu buat pelanggan.

“Melalui tagline ‘Every Car Deserves Brembo’ kolaborasi ini dimulakan dengan memberi fokus kepada model kenderaan popular seperti daripada jenama Proton, Perodua, Honda dan Toyota melalui ekosistem Bateriku.com yang kini telah menabur khidmat kepada hampir sejuta pelanggan.

“Pelanggan Bateriku.com, tidak kira lama atau baru akan ditawarkan alas brek Brembo yang berkualiti premium dengan harga yang mampu milik melalui Pitstop terpilih Bateriku.com,” katanya pada Majlis Menandatangani Perjanjian Kerjasama yang turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif Emerald-Brembo, Markz Lim di pejabat Bateriku.com di Bukit Jelutong.

Azarol Faizi berkata, idea kerjasama tersebut timbul setelah melihat pelbagai senario kerosakan kenderaan yang turut melibatkan kerosakan brek sepanjang lapan tahun Bateriku.com beroperasi.

“Dengan reputasi brek Brembo dan prestasi produknya di peringkat global, kami berbesar hati untuk berkolaborasi bersama Emerald-Brembo yang merupakan pengedar rasmi produk Brembo di Malaysia,” ujarnya.

Sementara itu, Lim menambah, dengan pengalaman lebih dari 40 tahun, Emerald-Brembo merupakan satu-satunya pengedar produk Brembo rasmi di Malaysia yang membekalkan pelbagai jenis variasi alas brek dan disk brek untuk pelbagai jenis model kenderaan di Malaysia.

“Kami percaya kerjasama ini dapat membina ekosistem lebih baik bagi memberi kemudahan kepada pelanggan untuk membeli alas brek berkualiti di bawah harga RM200.

“Sebagai pengedar rasmi produk Brembo, kami yakin bahawa pitstop Bateriku.com, BHero dan BPreneur Bateriku.com seluruh negara akan dapat memudahkan semua pengguna kenderaan mendapatkan produk Brembo asli yang berkualiti tinggi pada harga berpatutan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

POPULAR