fbpx

5 rumah teres musnah dalam kebakaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEBAKARAN lima buah rumah teres setingkat di New Wah Long, Kampar hari ini./ FOTO IHSAN JBPM PERAK

KAMPAR – Lima rumah teres setingkat musnah terbakar dalam kejadian di New Wah Long dekat sini awal pagi tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 2.10 pagi.

Katanya, anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kampar dibantu BBP Tapah dan BBP Gopeng dihantar ke lokasi kejadian untuk operasi memadam kebakaran.

“Setibanya anggota di lokasi, didapati api sedang marak membakar lima buah rumah. Operasi pemadaman segera dijalankan sehingga kebakaran berjaya dikawal daripada merebak.

“Anggaran kemusnahan bagi lima buah rumah itu kira-kira 90 peratus manakala sebuah rumah lagi terbakar empat peratus pada pagar,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, kejadian itu bagaimanapun tidak melibatkan kecederaan kepada mangsa mahupun kehilangan nyawa.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca kebakaran dan kerugian dialami mangsa. Operasi tamat pada pukul 5.03 pagi,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI