fbpx

3,516 kes Covid-19, 19 kematian dilaporkan semalam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Kes baharu Covid-19 semalam mencatatkan peningkatan kepada 3,516 kes dengan tiga kes import berbanding 3,429 kes kelmarin sekaligus menjadikan jumlah kumulatif jangkitan virus tersebut kini mencecah 4,706,914 kes.

Berdasarkan data pada laman web CovidNow, kes aktif Covid-19 di seluruh negara merekodkan pertambahan 960 kes dengan jumlah kumulatif kes aktif kini sebanyak 41,701 kes.

Sejumlah 2,541 kes sembuh juga telah direkodkan dengan jumlah keseluruhan pulih daripada Covid-19 kini seramai 4,667,111 orang.

“Selangor mencatatkan jumlah kes harian tertinggi dengan 893 kes diikuti Kuala Lumpur (878), Sabah (318), Perak (296), Negeri Sembilan (193), Melaka (164), Pulau Pinang (123), Johor (112), Sarawak (107) dan Putrajaya (95).

“Turut menyumbang kepada peningkatan kes Covid-19 semalam adalah Kedah (92), Pahang (83), Kelantan (78), Terengganu (59), Perlis (17) dan Labuan (lapan),” demikian perkongsian data di laman web tersebut hari ini.

Pada masa sama, sebanyak 19 kematian dilaporkan dengan empat kes meninggal dunia di luar hospital atau brought in dead (BID) yang seterusnya menjadikan jumlah kematian sebanyak 36,117 dan BID 7,676.

Sebanyak 40,034 kes dikuarantin di rumah, 41 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 1,534 kes di hospital, 31 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 49 kes di ICU dengan bantuan pernafasan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI