fbpx

Wanita perlu lalui ‘induced lactation’ sebelum jadi ibu susuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Setiap perkahwinan pastinya inginkan kehadiran anak-anak sebagai pelengkap sebuah keluarga, namun tidak semua wanita dianugerahkan zuriat daripada rahim sendiri.

Bagaimanapun, ada pasangan yang terbuka mengambil anak angkat sebagai penyeri kehidupan rumah tangga selain melakukan rawatan moden dalam membantu proses mendapatkan cahaya mata sendiri.

MyHeart Community menerusi ciapannya di Twitter baru-baru ini berkongsi kaedah ‘induced lactation’ yang boleh dilakukan oleh ibu angkat untuk menghasilkan susu badan walaupun tidak mengalami proses mengandung dan bersalin.

Tujuannya adalah supaya statusnya menjadi ‘mahram muabbad’ (selama-lamanya) dengan ahli keluarga yang lain seolah-olah si bayi adalah anak kandungnya.

“Ada dua cara untuk induced lactation, pertama kaedah secara natural iaitu ‘basic pumping method’.

‘Sebulan atau dua sebelum mengambil anak angkat, bakal ibu boleh mula merangsang pengeluaran susu badan dengan mengurut payudara sebanyak 8 hingga 10 kali sehari.

“Setelah dua minggu, boleh cuba menggunakan pam susu elektrik selama 10 hingga 15 minit setiap tiga hingga 4 empat jam sehari semalam,” jelasnya.

Selain itu, cara kedua disarankan oleh portal tersebut adalah melalui kaedah hormon yang memperuntukkan bakal ibu perlu bersedia sekurang-kurangnya enam bulan sebelum ketibaan anak angkat kerana kaedah ini mempunyai tiga fasa.

“Fasa pertama mengambil pil perancang untuk memastikan payudara mengalami perubahan seperti ibu yang mengandung. Bakal ibu akan diberi ubat penambah susu yang perlu diambil setiap hari bersama pil perancang tersebut.

“Fasa kedua merujuk pada fasa pemberhentian pil perancang dan meneruskan pengambilan pil penambah susu selepas berlaku perubahan payudara.

“Fasa terakhir, bakal ibu perlu mengepam payudara untuk proses pengeluaran susu. Susu ibu boleh diberikan secara terus dari payudara atau menggunakan botol,” ciapnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI