fbpx

RUU antilompat parti: NS adakan sidang khas DUN pada Oktober

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AMINUDDIN dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Mingguan Exco di Wisma Negeri, Seremban hari ini.

SEREMBAN – Kerajaan Negeri Sembilan akan mengadakan sidang khas Dewan Undangan Negeri (DUN) pada bulan Oktober ini bagi membentangkan pelaksanaan Rang Undang-Undang (RUU) Anti Lompat Parti.

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, perkara tersebut telah diputuskan pada Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) negeri dan sidang khas tersebut satu lagi RUU yang akan dimaklumkan kemudian juga akan dibentangkan.

“Kami akan mengadakan sidang khas DUN pada bulan Oktober ini, tarikh akan dimaklumkan, pastinya tertumpu mengenai pelaksanaan RUU Antilompat Parti,” katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Mingguan Exco di Wisma Negeri di sini hari ini.

Beliau sebelum ini berkata, kerajaan negeri akan menunggu RUU Perlembagaan (Pindaan) (No 3) 2022 mengenai peruntukan larangan ahli Parlimen bertukar parti dikuat kuasa terlebih dahulu sebelum agenda yang sama dibawa ke DUN.

Aminuddin menjelaskan, kerajaan negeri tidak mempunyai sebarang masalah untuk meminda Undang-undang Tubuh Negeri bagi membolehkan enakmen anti lompat parti di peringkat DUN dikuatkuasakan.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI