fbpx

Polis rakam 13 individu kes “Protes Mana Kapal LCS”

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Perhimpunan "Protes Mana Kapal LCS" yang diadakan di hadapan Sogo Jalan Tunku Abdul Rahman pada Ahad lalu

KUALA LUMPUR – Polis mengesahkan seramai 13 individu termasuk Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sudah dirakam keterangan berhubung perhimpunan “Protes Mana Kapal LCS” setakat hari ini.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, pihaknya kini dalam proses melengkapkan kertas siasatan berhubung perhimpunan itu.

“Kita sudah memanggil 13 individu untuk diambil keterangan berhubung perhimpunan itu.

“Kita dalam proses melengkapkan kertas siasatan dan melihat jika ada individu lain akan dipanggil untuk memberi keterangan,” ujarnya hari ini.

Terdahulu, Syed Saddiq yang juga Ahli Parlimen muar hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi kira-kira pukul 3 petang untuk diambil keterangan.

Difahamkan, sembilan lagi individu hadir memberi keterangan di IPD Dang Wangi petang tadi termasuk Setiausaha Agung Muda, Amir Hadi; Ketua Pemuda DAP, Howard Lee Chuan dan aktivis, Siti Zabedah Kasim atau Siti Kasim. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI