fbpx

Pencapaian bersejarah rangkul Piala Asia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SKUAD negara menamatkan dominasi Iran untuk muncul sebagai juara Asia yang baharu pada saingan hoki dalam dewan Piala Asia di Bangkok kelmarin.

KETUA jurulatih skuad hoki dalam dewan lelaki negara, Muhammad Amin Rahim berharap kejayaan menjuarai Piala Asia 2022 mampu menjadi titik permulaan untuk layak ke pe­ringkat lebih tinggi seperti Piala Dunia.

Skuad bimbingan Amin mencipta sejarah baharu apabila memecahkan penguasaan pasukan ranking ketiga dunia, Iran selama lapan edisi berturut-turut untuk muncul juara benua Asia pada saingan di Bangkok, Thailand kelmarin.

Kejayaan itu hadir selepas Malaysia menang 3-2 menerusi penentuan shoot-out setelah te­rikat 4-4 dengan Iran dalam tempoh 60 minit aksi final di Stadium Tertutup Huamark.

“Alhamdulillah, saya ber­syukur atas kejayaan mencipta sejarah baru sukan hoki di Malaysia walaupun untuk sukan hoki dalam dewan. Kesungguhan pemain bermain bermati-matian untuk mencapai matlamat pasukan perlu diberikan pujian.

“Setiap pemain telah memberikan persembahan terbaik dan inilah hasil usaha keras mereka. Bukan mudah kerana dalam masa lapan hari perlu ber­aksi tujuh perlawanan, tetapi pemain masih dapat berikan yang terbaik,” kata Amin.

Pencapaian bersejarah itu turut mendapat perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang mengucapkan tahniah dan meluahkan rasa bangga terhadap pencapaian pasukan kebangsaan.

“Skuad hoki lelaki negara mencipta sejarah muncul juara buat kali pertama dalam saingan Dalam Dewan Piala Asia.
Kejayaan ini pastinya membanggakan seluruh Keluarga Malaysia yang menanti kepulangan kalian di Malaysia.

“Terima kasih kerana mengharumkan nama Malaysia di persada dunia dan semoga lebih banyak kejayaan sukan hoki Malaysia di masa akan datang,” jelasnya menerusi hantaran yang dimuat naik di laman Facebook.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI