fbpx

Ketengah hulur bantuan kepada mangsa ribut Dungun, Kemaman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad (dua dari kanan) menghulurkan bantuan segera RM500 kepada salah seorang mangsa ribut di AMBS, dungun hari ini.

DUNGUN – Kesukaran 70 keluarga di pendalaman daerah ini dan Kemaman yang ditimpa musibah akibat ribut pada kelmarin mendapat pembelaan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah).

Pengerusi Ketengah, Datuk Seri Ahmad Said berkata, setiap keluarga terlibat bakal menerima bantuan segera RM500 bagi membaiki kerosakan di kediaman masing-masing.

“Kawasan terjejas ribut berkenaan iaitu Bandar Al Muktafi Billah Shah (AMBS) dan Bandar Bukit Besi di sini dan Bandar Baru Cheneh serta Felda Neram di Kemaman merupakan wilayah Ketengah.

“Sehubungan itu, kita yang bersimpati mengambil tanggungjawab membantu bagi meringankan beban mangsa ribut itu,” katanya ketika meninjau rumah penduduk terlibat di AMBS di sini hari ini.

Ahmad berkata, secara keseluruhan sebanyak RM35,000 telah diperuntukkan bagi program tanggungjawab sosial korporat membantu mangsa banjir berkenaan.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI