fbpx

Ibu bapa terharu terima ijazah untuk arwah anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hairul dan Rozana menerima ijazah sarjana muda anak mereka yang telah meninggal dunia di Konvokesyen KUIS kali ke-25 semalam.

PETALING JAYA – Suasana hiba menyelubungi Majlis Konvokesyen Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) Ke-25 semalam apabila ibu bapa salah seorang graduan yang telah meninggal dunia dipelawa menerima Ijazah Sarjana Muda Kewangan Islam (Perbankan) bagi pihak anak mereka.

Pasangan suami isteri terbabit, Hairul Anuar dan Rozana Sulaiman menerima ijazah sarjana muda berkenaan untuk Allahyarham Muhammad Hazirul Ariq yang maut dalam kemalangan jalan raya
di Bukit Beruntung, Rawang pada 21 Julai 2021.

KUIS dalam satu kenyataan media berkata, Rohana menyatakan beliau tidak menyangka universiti itu mengadakan sesi khas untuk arwah anaknya pada Konvokesyen KUIS di Bandar Seri Putra, Kajang.

“Ini satu kehilangan yang sangat besar buat kami tetapi kami redha dengan apa yang berlaku ini adalah ketentuan dari Allah S.W.T,” katanya.

Menurut kenyataan itu, Hairul berterima kasih kepada KUIS di atas jemputan ke majlis konvokesyen berkenaan dan ia akan menjadi kenangan yang indah untuk mereka berdua.

Muhammad Hazirul, graduan lulusan Ijazah Sarjana Muda Kewangan Islam (Perbankan) meninggal dunia berikutan kemalangan motosikal bertembung dengan lori di kilometer (KM) 452.9 Lebuh Raya Utara Selatan (Plus).

KUIS meraikan seramai 1,889 graduan yang telah tamat pengajian terdiri daripada Ijazah Doktor Falsafah, Ijazah Sarjana, Ijazah Sarjana Muda dan Diploma sempena Majlis Konvokesyen KUIS Kali Ke- 25.

Konvokesyen itu berlangsung mulai 14 hingga 18 Ogos 2022 menjadikan jumlah keseluruhan graduan KUIS dari tahun 1998 hingga 2022 kini seramai 27, 365 orang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI