fbpx
Aliff Syukri dilihat mula kembali aktif di laman TikTok malam tadi dengan memuat naik dua video terbaharu.

‘Aliff Syukri, kau nak mak mati sebab tak tahan fitnah’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Tindakan usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman kembali menggunakan media sosial sejak malam tadi telah mengundang pelbagai kecaman orang ramai temasuklah ibunya, Rozita Ibrahim.

Rozita yang mesra disapa sebagai Bonda tampil memberi teguran menerusi video terbaharu Aliff Syukri di laman TikTok meluahkan rasa kesal dan sudah tidak tahan menanggung fitnah ekoran perbuatan anaknya itu yang dilihat sengaja menimbulkan kontroversi.

“Kebulur sangat dengan lagu Kri (Aliff Syukri), tak habis lagi! Tak aman hidup mak Kri, kau nak mak mati sebab tak tahan fitnah?.

“Kau ini tak makan saman kan, mak ngeri nak baca dengan fitnah yang kau ‘selamba’, tak serik-serik. Kalau mak nampak ada artis perempuan atau kau pegang tangan perempuan, mak haramkan kau cari mak,” pesannya.

Komen ‘pedas’ yang ditinggalkan Rozita itu selepas terkesan dengn video ‘teaser’ lagu Baby Sayang yang dimuat naik Aliff Syukri di TikTok.

Dalam pada itu, Rozita turut menyifatkan anaknya sebagai seorang yang tidak serik melakukan perkara mengundang kecaman ramai walaupun ia turut meninggalkan kesan kepada keluarga.

“Manusia kebal betul kau ini, kami semua terpalit. Kau lebih pentingkan pengurusan rakaman daripada teguran mak.

“Mana nak undur diri? Padam video seminggu tak sampai kau bertahan?,” soalnya. – KOSMO! ONLINE

POPULAR