fbpx

Tiada laporan ajaran sesat Hadi Minallah di Johor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Md. Rofiki (dua kanan) menyaksikan penyerahan dokumen pada Majlis Menandatangani Nota Kerjasama Bagi Gunasama Bangunan Sekolah Agama Kampung Aman Larkin di Johor Bahru hari ini.

JOHOR BAHRU – Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) tidak menerima sebarang laporan berhubung mana-mana masyarakat Islam yang terjebak dan terpengaruh dengan ajaran sesat Hadi Minallah di negeri ini setakat ini.

Pengarahnya JAINJ, Datuk Md. Rofiki Datuk A. Shamsudin berkata, isu ajaran sesat tersebut masih terkawal dan pihaknya akan terus menjalankan pemantauan bersama pihak berkuasa bagi membendung penyebaran fahaman songsang itu.

Katanya, siasatan akan terus dijalankan susulan pengesanan cubaan ajaran sesat Hadi Minallah untuk bertapak dan menyebarkan ajaran tersebut di kawasan Kota Tinggi.

“Kita memang sentiasa buat pemantauan bersama pihak berkuasa dan juga pihak keselamatan memastikan tidak berlaku penyebaran ajaran sesat itu.

“Kita tidak mahu umat Islam di negeri ini berpecah dalam soal akidah, oleh itu Kita akan pastikan mana-mana ajaran yang tidak selari dengan apa yang difatwakan akan ditegah,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Majlis Menandatangani Nota Kerjasama Bagi Gunasama Bangunan Sekolah Agama Kampung Aman, di Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH), di sini hari ini.

Pada 4 Ogos lalu, tular video berdurasi 7 minit 30 saat memaparkan seorang lelaki mendakwa sebagai pengasas ajaran itu, Wayang Hadi Kesumo atau Hadi Minallah Aminnullah Ahmad berasal dari Indonesia.

Dia mengaku tiada agama dan menyebarkan fahaman makrifat sesat, Nur Muhammad serta pluralisme agama yang dakwanya Tuhan tidak melihat kepada agama selain turut menolak hadis.

Menerusi video terbabit, terdapat dakwaan ajaran sesat tersebut sedang aktif di Kajang dan Johor.

Kumpulan ajaran Hadi Minallah yang berasal dari negara jiran dikesan berlaku di beberapa negeri di Malaysia dan aktif menyebarkan dakyah sesat mereka melalui YouTube, Persatuan Nur Mutiara Mutmainnah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI