fbpx

Suami isteri termasuk ketua jabatan majlis perbandaran bakal didakwa esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SHAH ALAM – Pasangan suami isteri termasuk seorang daripadanya Ketua Jabatan di sebuah majlis perbandaran di Selangor akan didakwa atas salahguna kedudukan di Mahkamah Sesyen di sini esok.

Sumber berkata, pasangan berusia 40am itu ditahan kira-kira pukul 1 tengah hari tadi di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor.

Katanya, kesalahan mereka melibatkan bagi tempoh antara 2019 dan 2020.

“Wanita terbabit disyaki telah telah menggunakan kedudukannya dengan mempelawa syarikat perunding swasta yang mana suaminya mempunyai kepentingan untuk melakukan kerja-kerja penilaian berkenaan.

“Nilai keseluruhan kerja penilaian tersebut berjumlah lebih RM445,000,” katanya di sini hari ini.

Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim ketika dihubungi mengesahkan penahanan dan kes disiasat mengikut Seksyen 23(1) Akta SPRM 2009.

“Kedua-dua suspek akan dituduh di Mahkamah Sesyen Shah Alam esok,” jelasnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI