fbpx

Simona Halep bukti masih belum hilang bisa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HALEP berjaya menafikan hasrat Maia selepas muncul juara Terbuka Kanada awal pagi semalam. – AFP

TORONTO – Bekas pemain No. 1 dunia, Simona Halep menepati ramalan apabila menjuarai Terbuka Kanada selepas tampil cemerlang menewaskan wakil Brazil, Beatriz Haddad Maia pada aksi final dengan keputusan 6-3, 2-6, 6-3 awal pagi semalam.

Pada aksi tersebut, Halep memerlukan dua jam 16 minit sebelum dapat menafikan cabaran Maia dalam saingan yang memasuki rubber set sebelum mengesahkan kejuaraan ke-24 pada siri Jelajah WTA sepanjang kariernya.

Kata Halep, kejayaan yang diraih cukup memberi makna besar dalam kariernya sekali gus menaikkan motivasi apabila kejohanan bertaraf Grand Slam, Terbuka Amerika Syarikat (AS) akan bermula pada penghujung bulan ini.

“Saya pernah bertemu Maia sebelum ini dan tahu dia seorang pemain yang cukup agresif dan memiliki corak permainan yang berkualiti.

Malah, dia juga pernah menewaskan saya pada pertemuan bulan lalu dan seperti dijangka, tentangan sengit diberikan kali ini.

“Cuma, saya berjaya menggunakan pengalaman yang ada sebaik mungkin untuk memastikan mata-mata penting dapat dimenangi dan itulah yang berlaku khususnya pada set penentuan,” kata pemain berusia 31 tahun itu.

Sementara itu, Halep me­ng­akui cukup teruja apabila dapat kembali ke kelompok 10 pemain terbaik dunia buat kali pertama tahun ini selepas sah berada di ranking ke-6 apabila senarai baharu dikemas kini oleh WTA semalam.

“Ketika mula mengharungi saingan musim ini, saya tidak yakin dengan keupayaan diri, tetapi selepas menang Terbuka Kanada ia berubah dan saya lebih bersedia. Sudah tentu perasaan saya teruja apabila kini berada di kedudukan ke-6 dunia berbanding ke-15 bulan lalu,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI