fbpx

Pemandu lori mencurigakan terlibat seleweng diesel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebuah pam yang dipasang berhampiran tangki lori untuk menyalurkan diesel dari tangki bahan api ke dalam tangki diubahsuai yang mengandungi 900 liter bahan api di sebuah stesen minyak di Jalan Beserah Kuantan semalam.

KUANTAN – Tindakan seorang pemandu lori yang mengisi minyak secara mencurigakan membawa kepada penemuan aktiviti penyeludupan minyak diesel menggunakan tangki diubah suai sekitar daerah ini.

Pemandu lori berusia 48 tahun itu dipercayai menyeleweng minyak diesel bersubsidi di sebuah stesen minyak di Jalan Beserah, dekat sini, kira-kira pukul 12.30 tengah hari, semalam.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Pahang, Datuk Mark Ujin berkata, lelaki itu diberkas ketika sedang mengisi diesel ke dalam tangki simpanan logam yang diubah suai di belakang lori tiga tan miliknya.

“Pasukan penguatkuasa mengesan lelaki itu apabila dilihat berada dalam keadaan mencurigakan ketika mengisi minyak di stesen minyak tersebut.

“Hasil pemeriksaan ke atas lori berkenaan, pasukan penguatkuasaan menemukan tangki simpanan logam yang disimpan di belakang dengan hos di atas tangki,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, berdasarkan pemeriksaan ke atas lori berkenaan, terdapat sebuah pam dipasang berhampiran tangki untuk menyalurkan diesel daripada tangki bahan api ke dalam tangki yang diubah suai.

Katanya, hasil pemeriksaan mendapati tangki yang diubah suai itu mengandungi kira-kira 900 liter bahan api.

“Pihak KPDNHEP telah menyita lori itu serta menahan pemandu untuk siasatan lanjut mengikut Peraturan 18(1) Akta Kawalan Bekalan 1961,” katanya.

Dalam pada itu Mark berkata, pasukan penguatkuasa akan melakukan pemeriksaan di balai-balai rondaan di seluruh negeri bagi mengekang sindiket menyalahgunakan diesel bersubsidi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI