fbpx

Guru disyaki dera kanak-kanak dirakam percakapan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang kanak-kanak berusia 3 tahun didakwa dipukul dengan kasar dalam kejadian di sebuah tadika sekitar Kepong baru-baru ini.

KUALA LUMPUR – Polis mengesahkan telah merakam percakapan guru tadika yang disyaki terlibat dalam kes penderaan kanak-kanak berusia 3 tahun di sebuah tadika di Taman Megah, kepong baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, pihaknya mengesahkan perkara tersebut dan proses rakaman telah diambil semalam.

“Polis telah merakam percakapan guru terbabit yang disyaki terlibat dalam kes ini. Rakaman percakapan telah dilakukan di tadika berkenaan kira-kira pukul 2 petang semalam,” katanya ringkas ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Terdahulu, tular di media sosial dua buah video berdurasi lima saat yang memaparkan insiden penderaan melibatkan seorang kanak-kanak lelaki berusia 3 tahun.

Kosmo! Online melaporkan, polis menjalankan siasatan berhubung kes terbabit selepas menerima aduan dari ibu mangsa yang berusia 33 tahun.

Eng Lai berkata, Kedua-dua video berkenaan memaparkan rakaman seorang wanita dewasa disyaki guru di tadika berkenaan telah bertindak memukul seorang kanak-kanak dengan kasar menggunakan tangan selain dipaksa makan.

“Polis mendapati kejadian berlaku pada bulan Mei lalu dan siasatan dijalankan di bawah Sekyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI