fbpx

Pelajar Malaysia lemas di Mesir selamat dikebumikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SOLAT jenazah berjemaah ke atas Allahyarham Muhammad Firdaus di Mesir semalam. /FOTO IHSAN KEDUTAAN

PUTRAJAYA – Jenazah seorang penuntut Malaysia, Muhammad Firdaus Ab. Rais yang meninggal dunia akibat lemas ketika mandi sungai di Mesir, telah pun selamat dikebumikan semalam.

Menurut hantaran Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah di laman sosialnya, pelajar Universiti Al-Azhar itu telah disemadikan di Tanah Perkuburan Malaysia di Bilbies, Zawamil, Syarqiyah.

“Solat jenazah disempurnakan sendiri oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob yang secara kebetulan berada di Mesir atas urusan lawatan rasmi,” kata pejabat misi diplomatik itu.

Allahyarham Muhammad Firdaus, 25, lemas ketika mandi di sungai dekat Empangan Qanathir Khairiyah dalam aktiviti perkelahan bersama-sama dengan 10 rakannya yang lain pada Jumaat lalu.

Mayat pelajar Ijazah Sarjana Muda Syariah yang berasal dari Kota Bharu, Kelantan itu berjaya ditemui pasukan penyelamat pada pukul 3 pagi waktu Mesir (10 pagi waktu Malaysia) Sabtu.

Turut terkorban dalam insiden agak tragik tersebut ialah seorang lagi pelajar warganegara asing dari institusi pengajian tinggi yang sama dan berasal dari wilayah Pattani, di selatan Thailand.

Mengulas lanjut, pihak Kedutaan Besar Malaysia mengucapkan terima kasih atas kerjasama pelbagai pihak yang terlibat sama dalam isu pengurusan jenazah Allahyarham Muhammad Firdaus.

“Beliau telah pun selamat dikebumikan pada pukul 5.50 petang waktu Mesir (11.50 malam waktu Malaysia) semalam,” jelasnya yang turut memuat naik beberapa foto di laman sosial tersebut.

Dalam pada itu, ibu mangsa, Siti Azlina Mohamad Asri, 46, ketika ditemui media di rumahnya di Kubang Kerian semalam berkata, arwah merupakan anak sulung daripada tujuh beradik. -KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI