fbpx

Peguam utama Najib tiba di mahkamah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hisyam (tengah) yang merupakan peguam utama mewakili Najib tiba di Mahkamah Persekutuan di sini hari ini.

PUTRAJAYA – Peguam utama Hisyam Teh Poh Teik, yang mewakili Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di Mahkamah Persekutuan di sini sebentar tadi.

Hari ini pendengaran rayuan akhir Najib untuk mengetepikan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta dalam kes penyelewengan dana RM42 juta milik syarikat SRC International Sdn Bhd akan didengar Mahkamah Persekutuan di sini bermula hari ini 26 Ogos.

Panel hakim yang akan mendengar rayuan akhir Ahli Parlimen Pekan itu dijangka akan didengar Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat yang akan mengetuai panel hakim di mahkamah tersebut.

Pada prosiding hari ini juga, panel-panel akan memutuskan sama ada pendengaran rayuan itu dapat ditangguhkan atau tidak apabila mahkamah pada 29 Julai lalu menolak permohonan Najib dan barisan peguam baharunya untuk menangguhkan prosiding. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI