fbpx

Anak marah ibu kacau suami orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kisah seorang anak mengenai ibunya bercinta dengan lelaki yang sudah berkahwin menjadi tular di media sosial. -Twitter

JAKARTA – Sebuah hantaran tular di media sosial Indonesia memaparkan luahan seorang anak yang memarahi ibunya kerana bercinta dengan lelaki yang sudah beristeri, lapor laman berita Suara.com. 

Hantaran itu dimuat naik dalam akaun Twitter @Askrfess. Pengguna itu meminta nasihat netizen mengenai tindakan ibunya yang mengganggu suami orang.

“Saya sedih kerana ibu saya mempunyai teman lelaki. Tetapi dia bercinta dengan suami orang dan tidak pernah mendengar apabila diberi nasihat,” katanya.

Kemarahannya memuncak apabila ibunya pergi ke balai polis tempat lelaki itu bekerja untuk menemaninya.

“Rajin solat tetapi berkelakuan begini. Tak malu dengan sejadah? Baik pulang sekarang,” demikian potongan mesej dihantar pengguna itu kepada ibunya.

Dia terus memarahi ibunya kerana mereka selalu bergaduh mengenai teman lelakinya.

“Habis solat mama balik,” balas ibunya.

Hantaran itu mendapat perhatian netizen di ruangan komen.

“Kalau saya diam sahaja, buat penat. Bazir tenaga sahaja. Mereka tidak akan sedar sampai bila-bila, lebih baik diam walaupun sakit,” kata seorang netizen. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI