fbpx

41 penganut maut dalam kebakaran gereja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Orang ramai berkumpul di luar gereja Abu Sifin yang terletak di kejiranan Imbaba, Giza semalam. - AFP

KAHERAH – Sekurang-kurangnya 41 orang termasuk 18 kanak-kanak dilaporkan terbunuh dalam kebakaran besar yang berlaku di sebuah gereja Koptik di bandar Giza, Mesir semalam, lapor stesen penyiaran CNN.

Menurut dokumen hospital, kanak-kanak yang meninggal dunia itu berusia antara tiga tahun hingga 16 tahun. 

“Jumlah kematian terkini bencana tersebut ialah 41 orang, manakala 14 yang lain cedera, demikian menurut Gereja Abu Sifin di Mesir yang memetik kenyataan beberapa pegawai kesihatan.

Kebakaran bermula kira-kira pukul 9 pagi (waktu tempatan) akibat kegagalan elektrik di sebuah unit pendingin hawa tingkat dua gereja itu, kata kementerian dalam negeri pula.

Gereja kecil itu terletak di kawasan kejiranan Imbaba yang sarat dengan penduduk.

Sekurang-kurangnya dua pegawai dan tiga anggota perkhidmatan perlindungan awam cedera dalam usaha memadamkan kebakaran itu, kata Kementerian Dalam Negeri Mesir dalam satu kenyataan di laman Facebook.

Kebanyakan mangsa mati akibat terhidup asap tebal, kata kementerian sama.

“Pegawai-pegawai gereja percaya bahawa kebakaran itu berlaku secara tidak sengaja,” kata jurucakap gereja, Mousa Ibrahim.

Komuniti gereja koptik di Mesir menjadi sasaran keganasan dan serangan berasaskan agama dengan penganiayaan dan diskriminasi meningkat sejak rejim bekas presiden Mesir, Hosni Mubarak digulingkan pada 2011.

“Kami sentiasa berhubung dengan pihak berkuasa tempatan dan Kementerian Kesihatan,” Ibrahim memetik ketua Gereja Koptik, Pope Tawadros II sebagai berkata.

Penduduk tiba di gereja berkenaan di kawasan kejiranan Al-Warraq di mana upacara mendoakan mangsa-mangsa dilakukan sambil  menunggu ketibaan keranda mengandungi mangsa-mangsa yang terkorban dibawa masuk dari hospital tempatan. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI