fbpx

Objek disyaki serpihan roket tembusi atap rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Objek disyaki serpihan roket Long March 5B milik China ditemui menembusi atap zink Rumah Panjang Renyam, Sungai Asan Bayu, di sini malam tadi.

SIBU – Objek disyaki serpihan roket Long March 5B milik China ditemui menembusi atap zink Rumah Panjang Renyam, Sungai Asan Bayu, di sini malam tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO), Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak, Balai Bomba Bintangor dalam satu kenyataan berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada pukul 8.50 malam.

“Setibanya di lokasi, bomba menemui objek mencurigakan dipercayai serpihan roket berukuran dua sentimeter (cm) lebar dan tujuh cm panjang menembusi atap dan tersangkut di kayu alang rumah berkenaan.

“Menurut pemilik rumah, objek tersebut kemungkinan berada di atas atap beberapa minggu yang lepas kerana dia baru sahaja pulang ke rumah itu,” katanya di sini hari ini.

Jelasnya, objek tersebut hanya disedari setelah pemilik rumah balik dan menyedari atap rumahnya bocor sebelum memaklumkan kepada pihak berkuasa.

Sementara itu, objek disyaki serpihan roket berkenaan telah diserahkan kepada polis untuk siasatan selanjutnya.

Terdahulu, akhbar melaporkan tular serpihan roket Long March 5B milik negara China melintasi ruang udara Malaysia serta dapat dikesan di beberapa kawasan sekitar Sarawak.

Serpihan roket berkenaan merupakan sebahagian daripada roket milik China yang dilancarkan dari Pusat Pelancaran Angkasa Wenchang di Wenchang, selatan China pada 31 Julai lalu.

Antaranya di Kampung Semawa Ulu, Pantu Sri Aman dan di beberapa kawasan lain termasuk Kampung Nyalau, Bintulu, Sepupok Lama, Niah serta Kalimantan, Indonesia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI