fbpx

Ibu Shuib jumpa calon menantu idaman?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PERKONGSIAN ibu Shuib, Amy (tudung merah) bergambar bersama Wan Sharmila memancing komen netizen yang setuju andainya pelakon itu dijodohkan dengan anaknya.

SEBELUM ini, nama Wan Sharmila pernah kecoh sebentar apabila digosipkan dengan Shuib selepas muncul sebagai model jenama tudung arwah Siti Sarah.

Tetapi gosip tersebut kembali sepi apabila Wan Sharmila atau Lala dan Shuib sama-sama menafikan perkara tersebut.

Bagaimanapun, baru-baru ini ibu Shuib yang dikenali sebagai Amy Salmi mengundang perhatian apabila memuat naik foto bersama Lala berserta kapsyen yang menuai 1,001 tanda tanya ramai.

“Biar gambar berbicara,” tulisnya.

Apabila ada foto sebegitu, memang lajulah netizen buat kerja dengan mendoakan jodoh Shuib dipertemukan bersama Lala.

“Harap Lala menjadi menantu puan,” komen netizen.

“Kalau yang ini, saya bagi ‘lulus’. Calon terbaik,” ujar seorang lagi pengguna TikTok.

Mungkin juga ibu Shuib tiada niat lain, hanya berkongsi foto bersama rakan artis yang hadir ke majlis tahlil arwah beberapa hari lalu.

DIVA: Amboi ada seorang selebriti wanita berbikini di tepi pantai ketika bercuti di luar negara, sakan ya!

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI