fbpx
Azizi (dua dari kiri) menunjukkan heroin yang dirampas di IPD Kerian hari ini.

Tiga tokan ditahan edar 2.8kg heroin di Kerian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAGAN SERAI – Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Perak menahan tiga lelaki warga tempatan kerana disyaki mengedar heroin di ladang kelapa sawit di sekitar kawasan Semanggol Khamis lalu.

Pemangku Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris, berkata, pihaknya mengambil masa hampir 10 hari membuat intipan di lokasi berkenaan.

“Ketika serbuan dilakukan, dua suspek menaiki sebuah kenderaan motosikal yang mana salah seorang daripadanya menyerahkan sebuah topi keledar kepada seorang lelaki di dalam ladang sawit itu.

“Hasil pemeriksaan ke atas ketiga-tiga mereka, polis menjumpai satu beg plastik hitam dengan di dalamnya terdapat empat bungkusan plastik lutsinar bahan disyaki dadah jenis heroin anggaran berat 2812.26 gram (2.8 kilogram) disembunyikan dalam topi keledar tersebut.” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Kerian di Bagan Serai di sini hari ini.

Menurutnya, heroin itu dipercayai dibawa masuk dari negeri zon utara ke daerah ini untuk pasaran tempatan dan mampu dibekalkan kepada 2,000 penagih.

Katanya, dua daripada tiga suspek mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan penyalahgunaan dadah serta terbabit dalam jenayah mencuri serta didapati positif hasil daripada ujian saringan yang telah dijalankan. – KOSMO! ONLINE

POPULAR