fbpx

Kondominium dalam pembinaan terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kebakaran berlaku di bahagian bumbung tingkat 37 bangunan terbabit. - FOTO IHSAN BOMBA.

KUALA LUMPUR – Tindakan pantas pekerja pembinaan sebuah kondominium di Jalan Klang lama memadam kebakaran berjaya mengelak kejadian berlaku lebih teruk sebentar tadi.

Kebakaran berlaku kira-kira pukul 1.50 tengah hari di bumbung Kondominium Platinum Arena, tingkat 37 yang sedang dalam pembinaan.

Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur dalam kenyataan berkata, sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Jalil dan Seputeh telah dikerah ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan.

“Kebakaran berlaku di bumbung kondominium tingkat 37 dan telah dipadam oleh pekerja pembinaan menggunakan alat pemadam api.

“Kebakaran tersebut melibatkan longgokan ‘plantercell’ plastik simen yang menyebabkan kawasan terbabit terjejas sehingga 50 peratus,” katanya di sini sebentar tadi.

Mengulas lanjut, kejadian tersebut tidak melibatkan sebarang mangsa dan kebakaran juga berjaya dikawal sepenuhnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI